Kuiz Buli Siber
29 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2024 (Sabtu), NADI Sg. Bandung telah mengadakan Kuiz Buli Siber. Kuiz tersebut dilakukan secara atas talian melalui Google Form. Kuiz Buli Siber ini bertujuan untuk menguji pengetahuan komuniti mengenai Buli Siber.
Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki haman mangsa. Ibu bapa juga berperanan untuk memantau penggunaan internet dan media sosial anak-anak supaya menggunakan internet secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: